Kem Motivasi ABC bagi Murid Tahun 6 telah diadakan di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas. Ianya diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 27 Mac hingga 29 Mac 2015. Seramai 14 orang murid dari sekolah ini menyertai Kem Motivasi tersebut. Kem ini hanya diadakan bagi sekolah-sekolah dibawah ABDB.
MAJLIS PERPISAHAN DAN DOA SELAMAT
Majlis Perpisahan bagi Guru PraSekolah iaitu Cikgu Masmawati binti Banggok dan juga 3 orang Pembantu Guru PraSekolah Sukarela iaitu Dayang Maizura binti Jaafar, Dayang Siti Normira Ezura binti Emran dan Dayang Siti Saleha binti Besar telah diadakan pada 26 Mac 2015 (Khamis) bertempat di dewan serbaguna sekolah ini. Terima Kasih diucapkan diatas segala jasa bakti yang telah disumbangkan di sekolah ini.
Majlis ini juga diteruskan bagi Doa Selamat untuk Cikgu Mohd Shahrin bin Hj Yusof. Beliau akan menunaikan ibadah umrah pada cuti sekolah ini. Di doakan semoga beliau mendapat ibadah umrah yang mabrur dan dipermudahkan segalanya...AMINNN.
TAKLIMAT FIRE DRILL
Taklimat "Fire Drill" daripada Jabatan Bomba ABDB Penanjong Garison telah diadakan pada Hari Khamis, 26 Mac 2015 bertempat di Dewan Serbaguna sekolah ini.
Tunjukcara bagi memadam api dan Latihan bagi "Fire Drill" ini juga diadakan di kawasan lapang letak kereta sekolah ini.
Murid-murid juga diterangkan mengenai kereta bomba. Akhir sekali murid-murid diarahkan untuk menaiki kereta bomba tersebut.
Murid-murid juga diterangkan mengenai kereta bomba. Akhir sekali murid-murid diarahkan untuk menaiki kereta bomba tersebut.
JOHAN BAGI KEJOHANAN BOLASEPAK SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH TUTONG I
Sekolah ini telah menjadi Johan (Tempat Pertama) bagi Kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I. Kejohanan tersebut telah diadakan pada hari Rabu, 25 Mac 2015 bertempat di Padang Sukan SR. Bukit Panggal Tutong.
Pasukan bolasepak sekolah ini di ketuai dan dilatih oleh Cikgu Ngo Ho Hing (Ketua bhg ECA & Kokurikulum)
TAHNIAH diucapkan kepada pasukan Bolasepak sekolah ini. Semoga akan terus berjaya di tahun yang akan datang.
LAWATAN MURID MIFTAH KE DINO EXPO
Murid-Murid Miftah bagi sekolah ini telah mengadakan Lawatan Ke DINO Expo pada hari Selasa 24 Mac 2015 bersama dengan guru-guru pengawas. Ianya bertempat di Bridex Hall, Jerudong.
PENGAGIHAN TIKET DINO EXPO
Pengagihan tiket bagi DINO Expo kepada Ibubapa / Penjaga murid Miftah telah diadakan pada 23 Mac 2015 bertempat di Bilik Sains oleh Cikgu SeriMemi Fauziahwati binti Hj Akif (Ketua Bhg Hal Ehwal Murid)
LAWATAN DARIPADA PEGAWAI PERGIGIAN MRS PENANJONG GARISON
Pada 23 Mac 2015, sekolah ini telah menerima lawatan daripada pegawai pergigian MRS, Penanjong Garison. Mereka memberi tunjuk ajar dan penerangan mengenai cara pemberusan gigi yang betul kepada murid-murid.
TAKLIMAT PROGRAM PEMBERUSAN GIGI
TAKLIMAT PROGRAM PEMBERUSAN GIGI DAN TUNJUKCARA MENGENAI CARA PEMBERUSAN GIGI YANG BETUL KEPADA SEMUA MURID-MURID SEKOLAH INI TELAH DI ADAKAN PADA HARI SABTU IAITU 21 MAC 2015 DI DEWAN SERBAGUNA SEKOLAH INI.
SERAMAI 3 ORANG GURU SEKOLAH INI MEMBUAT TAKLIMAT DAN TUNJUKCARA IAITU:-
1. CIKGU SITI NAZIRAH BINTI MAARUF
2. CIKGU EDA ZURYANA BINTI HJ ABD MUMIN
3. CIKGU NUR ELVI EZEANNA BINTI HJ SERBINI
PROGRAM BIMBINGAN KELOMPOK SR. BINTURAN KLUSTER 5
PROGRAM BIMBINGAN KELOMPOK SR. BINTURAN KLUSTER 5 TELAH DIADAKAN PADA HARI RABU IAITU 18 MAC 2015 BAGI MURID-MURID TAHUN 6
PENILAIAN DALAMAN SEKOLAH 1 (PDS / SBA 1) - MAC 2015
PENILAIAN DALAMAN SEKOLAH 1 (PDS / SBA 1) SEDANG DI JALANKAN PADA MASA INI IAITU MULAI DARIPADA:-
RENDAH BAWAH (16 - 18 MAC 2015)
RENDAH ATAS (16 - 19 MAC 2015)
SEMOGA SEMUA MURID-MURID SEKOLAH INI AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG...AMINNNN
PROGRAM PEMBERUSAN GIGI BERFLUORIDA HARIAN
PROGRAM PEMBERUSAN GIGI BERFLUORIDA HARIAN TELAH DIADAKAN DI SEKOLAH INI SEJAK TAHUN 2013. IANYA DIADAKAN SETIAP HARI JAM 10.20 PAGI HINGGA 10.30 PAGI BERTEMPAT DI DEPAN BLOK BANGUNAN SEKOLAH (BLOK A, B & C).
SEMUA MURID IAITU DARIPADA PRA HINGGA KE TAHUN 6 MENGIKUTI PROGRAM INI.
PROGRAM INI DI AWASI OLEH GURU-GURU SEPERTI YANG DIARAHKAN DI DALAM JADUAL MENJAGA HARI.
PEMERIKSAAN TEKNIKAL BAGI PERALATAN-PERALATAN IT
LAWATAN KERJA BAGI PEMERIKSAAN TEKNIKAL PERALATAN-PERALATAN IT TELAH DIADAKAN PADA:-
TARIKH: 12 MAC 2015
HARI: KHAMIS
JAM: 9.00 PAGI
TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER 2
SERAMAI 6 ORANG PEGAWAI TERLIBAT DALAM PEMERIKSAAN TEKNIKAL INI IAITU:-
1. ROHANIYAH (ICT - MOE)
2. LENNY SURIYANI (ICT - MOE)
3. SAFWAN (UICT)
4. ALIMI (UICT)
5. HASIMAH (UICT)
6. RAFIE (UICT)
STAFF DEVELOPMENT - FARDHU KIFAYAH (RABU - 11-3-2015)
STAFF DEVELOPMENT - KONGSISAMA MENGENAI DENGAN FARDHU KIFAYAH TELAH DIADAKAN PADA HARI RABU, 11-3-2015 JAM 2.15 PETANG BERTEMPAT DI BILIK PERSIDANGAN SEKOLAH.
PROGRAM TERSEBUT DI KENDALIKAN OLEH BAHAGIAN KEUGAMAAN SEKOLAH IAITU USTAZ JAYA BIN HJ MOHAMAD DAN USTAZAH SITI KHAIRUNNISA BINTI HJ KAHAR.
2 ORANG TENAGA PENGAJAR (PENGGAPAI) DARI PEJABAT HAL EHWAL UGAMA DAERAH TUTONG TELAH DIJEMPUT BAGI KONGSISAMA TERSEBUT IAITU:-
1. DAYANG SARIAH BINTI HAJI MOHD DAUD
2. DAYANG HAJAH SUHALAWATI BINTI HAJI SUHAILI
PENYERAHAN BERUS GIGI DAN POLYPASTE KEPADA GURU-GURU
Penyerahan berus gigi dan polypaste kepada guru-guru kelas telah diadakan pada hari ini Rabu - 11 Mac 2015 semasa perbarisan pagi diadakan.
Berus gigi tersebut akan diagih-agihkan kepada semua murid-murid bagi perlaksanaan Program Pemberusan Gigi.
Taklimat secara ringkas mengenai dengan cara penggunaan dan penyimpanan berus gigi di sampaikan oleh Cikgu Alinormin.
Subscribe to:
Posts (Atom)