Pages

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN, KEMENTERIAN PERTAHANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM - 29 APRIL 2015

Sekolah ini telah menerima lawatan daripada Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, Timbalan Menteri Pertahanan, Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam serta rombongan pada 29 April 2015 (Rabu)






















 







MAJLIS PENYERAHAN PINGAT DAN HADIAH MURID BAGI MENDAPAT TEMPAT PERTAMA DI KEJOHANAN BOLASEPAK

Majlis penyerahan pingat dan hadiah kepada murid bagi kejayaan mereka mendapat tempat pertama di Kejohanan Bolasepak sekolah-Sekolah Rendah Tutong I telah diadakan pada hari rabu iaitu 15 April 2015.

Hadiah disampaikan oleh Guru Besar sekolah iaitu Cikgu Hazibah binti Hj Abd Manan. 



AKTIVITI "EXTRA CLASS" DI WAKTU CUTI SEKOLAH

Aktiviti "EXTRA CLASS" di waktu cuti sekolah diadakan bagi matapelajaran Matematik dan juga Bahasa Melayu.







KEM MOTIVASI ABC BAGI MURID TAHUN 6

Kem Motivasi ABC bagi Murid Tahun 6 telah diadakan di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas. Ianya diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 27 Mac hingga 29 Mac 2015. Seramai 14 orang murid dari sekolah ini menyertai Kem Motivasi tersebut. Kem ini hanya diadakan bagi sekolah-sekolah dibawah ABDB.



MAJLIS PERPISAHAN DAN DOA SELAMAT

Majlis Perpisahan bagi Guru PraSekolah iaitu Cikgu Masmawati binti Banggok dan juga 3 orang Pembantu Guru PraSekolah Sukarela iaitu Dayang Maizura binti Jaafar, Dayang Siti Normira Ezura binti Emran dan Dayang Siti Saleha binti Besar telah diadakan pada 26 Mac 2015 (Khamis) bertempat di dewan serbaguna sekolah ini. Terima Kasih diucapkan diatas segala jasa bakti yang telah disumbangkan di sekolah ini.

Majlis ini juga diteruskan bagi Doa Selamat untuk Cikgu Mohd Shahrin bin Hj Yusof. Beliau akan menunaikan ibadah umrah pada cuti sekolah ini. Di doakan semoga beliau mendapat ibadah umrah yang mabrur dan dipermudahkan segalanya...AMINNN.





TAKLIMAT FIRE DRILL

Taklimat "Fire Drill" daripada Jabatan Bomba ABDB Penanjong Garison telah diadakan pada Hari Khamis, 26 Mac 2015 bertempat di Dewan Serbaguna sekolah ini.

Tunjukcara bagi memadam api dan Latihan bagi "Fire Drill" ini juga diadakan di kawasan lapang letak kereta sekolah ini.

Murid-murid juga diterangkan mengenai kereta bomba. Akhir sekali murid-murid diarahkan untuk menaiki kereta bomba tersebut.








JOHAN BAGI KEJOHANAN BOLASEPAK SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH TUTONG I

Sekolah ini telah menjadi Johan (Tempat Pertama) bagi Kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I. Kejohanan tersebut telah diadakan pada hari Rabu, 25 Mac 2015 bertempat di Padang Sukan SR. Bukit Panggal Tutong.

Pasukan bolasepak sekolah ini di ketuai dan dilatih oleh Cikgu Ngo Ho Hing (Ketua bhg ECA & Kokurikulum)

TAHNIAH diucapkan kepada pasukan Bolasepak sekolah ini. Semoga akan terus berjaya di tahun yang akan datang.





 
 
X-Steel - Wait