Pages

Sembahyang Sunnat Hajat

Sembahyang Sunnat Hajat yang diketuai oleh Ustaz Hj Morni bin Hj Basri dan pelajar-pelajar yang terlibat ialah Tahun 3-6. Ia diadakan bagi memohon kelancaran bagi usaha pencarian dan menyelamat pelajar Tahun 3 yang telah hilang di Pantai Binturan pada 20hb Julai 2013 yang lalu. Dan diakhiri dengan bacaan Surah Yassin.





Lawatan Dari Pegawai Pusat Kaunseling ABDB

Pada hari Khamis, 16 Ramadhan 1434H bersamaan 25hb Julai 2013, pihak warga sekolah telah menerima lawatan dari Pegawai Pusat Kaunseling ABDB dan terus mengadakan sesi kaunseling serta sesi berdialog. Sesi berdialog itu melibatkan murid-murid yang terbabit dengan trajedi pelajar yang hilang di pantai Binturan yang masih dalam pencarian. Pelajar-pelajar tahun 3 juga terlibat memandangkan mereka berada satu kelas bersama pelajar yang hilang itu.





Pelajar-pelajar Tahun 3








Sesi Menandatangani Rekod Kemajuan Murid SBA 2 bagi Tahun 1-5


Hari: Khamis
Tarikh: 16 Ramadhan 1434H bersamaan 25hb Julai 2013M
Tempat : Dewan Sekolah Rendah Binturan, Tutong
Jam: 10 Pagi

 














Pada hari yang sama juga diadakan Showcase bagi murid-murid PRA di dalam kelas masing-masing





Jotted by: E.S

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa




Majlis Tahlil dan Doa Arwah 4hb Julai 2013

Majlis Tahlil dan Doa Arwah yang diadakan pada hari Khamis 25 Syaaban 1434 bersamaan 4hb Julai 2013. Majlis diketuai oleh Ketua Guru Ugama Sekolah Rendah Binturan; Ustaz Haji Morni bin Haji Basri. Majlis tersebut diadakan di Surau Sekolah berkenaan.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan jamuan ringan untuk Guru-Guru dan Kakitangan Sekolah.

By : E.S





















 
 
X-Steel - Wait