TAKLIMAT PERGIGIAN (16 JULAI 2013)
Rombongan dari Khidmat Pergigian ABDB seramai 6 orang iaitu 2 orang Pegawai dan 4 lain peringkat untuk membincangkan Program Pemberusan Gigi Berflourida Seharian. Yang menyampaikan taklimat tersebut ialah Lt Col Dr Jefri bin Hj Abd Razak dan Capt Dr Hamiz bin Jamil.
Turut menghadiri taklimat tersebut ialah Penolong Guru Besar, Cg Md Sofian bin Md Jais, Guru Kanan Pentadbiran 1 dan 2, Pegawai Pelajaran Cg Nazirah selaku Ketua Bahagian SMK serta ahli-ahli jawatankuasa.
By E.S
Turut menghadiri taklimat tersebut ialah Penolong Guru Besar, Cg Md Sofian bin Md Jais, Guru Kanan Pentadbiran 1 dan 2, Pegawai Pelajaran Cg Nazirah selaku Ketua Bahagian SMK serta ahli-ahli jawatankuasa.
By E.S
Sembahyang Sunnat Hajat
Sembahyang Sunnat Hajat yang diketuai oleh Ustaz Hj Morni bin Hj Basri dan pelajar-pelajar yang terlibat ialah Tahun 3-6. Ia diadakan bagi memohon kelancaran bagi usaha pencarian dan menyelamat pelajar Tahun 3 yang telah hilang di Pantai Binturan pada 20hb Julai 2013 yang lalu. Dan diakhiri dengan bacaan Surah Yassin.
Lawatan Dari Pegawai Pusat Kaunseling ABDB
Pada hari Khamis, 16 Ramadhan 1434H bersamaan 25hb Julai 2013, pihak warga sekolah telah menerima lawatan dari Pegawai Pusat Kaunseling ABDB dan terus mengadakan sesi kaunseling serta sesi berdialog. Sesi berdialog itu melibatkan murid-murid yang terbabit dengan trajedi pelajar yang hilang di pantai Binturan yang masih dalam pencarian. Pelajar-pelajar tahun 3 juga terlibat memandangkan mereka berada satu kelas bersama pelajar yang hilang itu.
Pelajar-pelajar Tahun 3
Subscribe to:
Posts (Atom)