Kem Motivasi ABC bagi Murid Tahun 6 telah diadakan di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas. Ianya diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 27 Mac hingga 29 Mac 2015. Seramai 14 orang murid dari sekolah ini menyertai Kem Motivasi tersebut. Kem ini hanya diadakan bagi sekolah-sekolah dibawah ABDB.
MAJLIS PERPISAHAN DAN DOA SELAMAT
Majlis Perpisahan bagi Guru PraSekolah iaitu Cikgu Masmawati binti Banggok dan juga 3 orang Pembantu Guru PraSekolah Sukarela iaitu Dayang Maizura binti Jaafar, Dayang Siti Normira Ezura binti Emran dan Dayang Siti Saleha binti Besar telah diadakan pada 26 Mac 2015 (Khamis) bertempat di dewan serbaguna sekolah ini. Terima Kasih diucapkan diatas segala jasa bakti yang telah disumbangkan di sekolah ini.
Majlis ini juga diteruskan bagi Doa Selamat untuk Cikgu Mohd Shahrin bin Hj Yusof. Beliau akan menunaikan ibadah umrah pada cuti sekolah ini. Di doakan semoga beliau mendapat ibadah umrah yang mabrur dan dipermudahkan segalanya...AMINNN.
TAKLIMAT FIRE DRILL
Taklimat "Fire Drill" daripada Jabatan Bomba ABDB Penanjong Garison telah diadakan pada Hari Khamis, 26 Mac 2015 bertempat di Dewan Serbaguna sekolah ini.
Tunjukcara bagi memadam api dan Latihan bagi "Fire Drill" ini juga diadakan di kawasan lapang letak kereta sekolah ini.
Murid-murid juga diterangkan mengenai kereta bomba. Akhir sekali murid-murid diarahkan untuk menaiki kereta bomba tersebut.
Murid-murid juga diterangkan mengenai kereta bomba. Akhir sekali murid-murid diarahkan untuk menaiki kereta bomba tersebut.
JOHAN BAGI KEJOHANAN BOLASEPAK SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH TUTONG I
Sekolah ini telah menjadi Johan (Tempat Pertama) bagi Kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I. Kejohanan tersebut telah diadakan pada hari Rabu, 25 Mac 2015 bertempat di Padang Sukan SR. Bukit Panggal Tutong.
Pasukan bolasepak sekolah ini di ketuai dan dilatih oleh Cikgu Ngo Ho Hing (Ketua bhg ECA & Kokurikulum)
TAHNIAH diucapkan kepada pasukan Bolasepak sekolah ini. Semoga akan terus berjaya di tahun yang akan datang.
LAWATAN MURID MIFTAH KE DINO EXPO
Murid-Murid Miftah bagi sekolah ini telah mengadakan Lawatan Ke DINO Expo pada hari Selasa 24 Mac 2015 bersama dengan guru-guru pengawas. Ianya bertempat di Bridex Hall, Jerudong.
PENGAGIHAN TIKET DINO EXPO
Pengagihan tiket bagi DINO Expo kepada Ibubapa / Penjaga murid Miftah telah diadakan pada 23 Mac 2015 bertempat di Bilik Sains oleh Cikgu SeriMemi Fauziahwati binti Hj Akif (Ketua Bhg Hal Ehwal Murid)
LAWATAN DARIPADA PEGAWAI PERGIGIAN MRS PENANJONG GARISON
Pada 23 Mac 2015, sekolah ini telah menerima lawatan daripada pegawai pergigian MRS, Penanjong Garison. Mereka memberi tunjuk ajar dan penerangan mengenai cara pemberusan gigi yang betul kepada murid-murid.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















